Mula bertapak di IPT, Richiamo Coffee kini miliki 105 cawangan

0
56
Mohd. Zambry (kiri) bersama Mustapa ketika majlis perasmian reruai Richiamo Coffee di Menara Prima, Putrayajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Tiada siapa dapat menjangkakan jenama Richiamo Coffee, jenama kopi premium milik 100 peratus Bumiputera, mampu memikat hati penggemar tempatan.

Menurut pengasasnya, Mohd. Zambry Abu Samah, di awal penubuhannya, Richiamo Coffee tidak pernah lekang daripada pelbagai masalah, terutamanya dalam memenangi kepercayaan pembekal yang majoritinya berbangsa asing.

Mustapa sedang cuba membru kopi sendiri.

“Kita semua maklum, sukar bagi orang Melayu untuk tembusi perniagaan sebegini, kerana rantaian bekalan dikuasai oleh bangsa asing.

“Saya sendiri pernah melalui pengalaman apabila cheque yang ingin kami buatkan bayaran (bahan bekalan) ditolak mentah-mentah oleh pembekal tapi saya tidak patah semangat kerana saya anggap ini semua cabaran dalam berniaga,” kata Mohd. Zambry, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pihak ketika ditanya mengenai punca kenapa usahawan Melayu umpama dianak tirikan ketika berurusan dengan bangsa lain.

“Hampir semua mereka pernah mengalami perkara yang tidak baik bila berurusan dengan usahawan (Melayu).

“Jadi pengalaman itu menyebabkan mereka mengambil pendekatan lebih berhati-hati ketika berurusan,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut.

Mohd. Zambry yang kini menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn. Bhd. berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian kiosk Richiamo di Menara Prisma, Presint 3 hari ini.

Perasmian kiosk tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengimbau kembali detik penubuhan awal Richiamo, Mohd. Zambry berkata, reruai pertamanya mula bertapak di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2015.

“Alhamdulillah, kita kini sudah mempunyai 105 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak,” kata Mohd. Zambry yang sebelum ini merupakan pemain di dalam industri permotoran dan memiliki pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here