Penganggur dituduh bunuh teman wanita berusia 16 tahun

0
18

KLANG – Seorang penganggur dijatuhkan pertuduhan membunuh teman wanitanya yang berusia 16 tahun di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Lee Wei Shen, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid yang kemudiannya menetapkan 7 Sept depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia, toksikologi, bedah siasat dan forensik.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Menurut kertas pertuduhan, Lee didakwa membunuh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang pada pukul 3.40 pagi, 26 Jun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mati dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di rumah lelaki itu di Kampung Idaman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here