Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga umum tanding PRU15, bela nasib peneroka Felda 

0
55
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd, Tan Sri Rozali Ismail.

PUNCAK ALAM – Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd, Tan Sri Rozali Ismail mengumumkan kesediaannya untuk bertanding atas tiket parti baharu mewakili Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Menurutnya, parti baharu berkenaan adalah di bawah naungan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) memandangkan kawasan itu mempunyai tanah rancangan iaitu Felda Bukit Cherakah.

“Saya sendiri memajukan Bandar Puncak Alam ini di atas tanah Felda Bukit Cherakah dan sebab itu ia dekat di hati saya walaupun dibesarkan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

“Kemungkinan saya sendiri jika diizinkan Allah akan bertanding di kawasan Kuala Selangor,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu beliau menghadiri Karnival Sukan Antara Fasa Bandar Puncak Alam (SUKAF 2022) Ketiga di Masjid Bandar Puncak Alam di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau masih dalam peringkat penilaian untuk menentukan sama ada bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

“Saya tengah buat kajian (bertanding di DUN atau Parlimen) dari segi kesesuaian di bawah tiket parti yang nak ditubuhkan,” katanya.

Haha Beliau juga berharap penyertaan beliau dan parti mewakili suara peneroka itu nanti diharap dapat membantu dan membela masyarakat Felda di semua tanah rancangan seterusnya memastikan lebih maju untuk 50 tahun akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here