Penjual air buah berpakaian tidak senonoh dibebaskan dengan bon jaminan

0
78
Pihak JHEAT sedang melengkapkan kertas siasatan selepas selesai mengambil keterangan seorang penjual air buah yang tular di media sosial kerana berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh

KUALA NERUS – Seorang penjual air buah yang tular di media sosial kerana berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh di sebuah kedai makan di Setiu dibebaskan selepas ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada Selasa lalu.

Menurut Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan selepas selesai mengambil keterangan wanita berusia 30-an itu selepas dia ditahan di premisnya kira-kira jam 5 petang pada Selasa.

Beliau berkata, wanita itu kemudiannya dibebaskan dengan bon jaminan.

“Kita boleh panggil dia balik bila-bila masa dan kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan saksi-saksi yang tahu isu atau terbabit dalam kes ini.

“Insya-Allah, selepas itu kita akan serahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk tindakan seterusnya untuk dibuat pendakwaan di bawah seksyen sama ada berpakaian tak senonoh atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral.

“Kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Mengulas lanjut, M Rozi berkata, wanita terbabit pernah dipanggil untuk tindakan dan diberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

“Dia pun sudah berjanji tidak akan buat (melakukan perbuatan sama) namun ia tetap berlaku,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memperlihatkan dua pelanggan tanpa segan silu bergambar dengan pekerja wanita di kedai berkenaan pada Ahad lalu.

Video berkenaan menimbulkan kecaman daripada orang ramai dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here