Penolong kanan sekolah, anak maut selepas kereta terjunam dalam ladang sawit

0
284
Pihak bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit

LAHAD DATU – Seorang guru penolong kanan sebuah sekolah di sini dan seorang anaknya maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Tungku Makuau, Lahad Datu hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 6.15 pagi itu, mangsa, Asina Makajal bersama anaknya, Ahmad Fiqri Hazem, 11, maut maut.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamud Punya, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang telah terbabas ke kawasan kelapa sawit dengan kecuraman lebih kurang 25 darjah sejauh lima meter daripada jalan raya.

Beliau berkata, kenderaan tersebut dipercayai dari arah Lahad Datu ke Tungku.

“Setelah ‘saiz up’ dilakukan terdapat enam orang mangsa. Empat orang mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Tungku oleh orang awam sebelum Pasukan Bomba sampai di lokasi.

Mangsa yang maut

“Dua orang mangsa lagi masih di lokasi kemalangan. Seorang telah dikeluarkan oleh orang awam dan seorang lagi diselamatkan dan diangkat menggunakan stretcher.

“Tiada operasi pemotongan kenderaan kerana mangsa tidak tersepit. Kedua-dua mangsa tersebut telah di hantar ke Klinik Kesihatan Tungku menggunakan kenderaan awam dan diserahkan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan kenderaan mangsa

Sementara itu Sekolah Kebangsaan Ulu Ungku dalam satu kenyataan memaklumkan mengesahkan kemalangan yang meragut nyawa guru dan pelajar sekolah terbabit.

Katanya, dua lagi anak arwah iaitu Ahmad Fahmi, 12, dan Ahmad Ammar, 9, masih berada di Hospital Lahad Datu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Diminta sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada kedua arwah dan semoga roh roh mereka dicucuri rahmat dan di dalam golongan orang yg beriman.

“Didoakan juga semoga Fahmi dan Ammar segera sembuh,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here