Pesawat kargo bawa bahan letupan jatuh terhempas di Greece

0
21

PALAIOCHORI, Greece – Sebuah pesawat kargo kendalian syarikat kargo Ukraine, Meridian dilaporkan jatuh terhempas berhampiran bandar Kavala di utara Greece, semalam.

Pesawat AN-12BK yang dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Serbia ke Jordan itu membawa sebanyak 12 tan ‘kargo berbahaya’ termasuk bahan letupan, sebelum itu dilaporkan mengalami masalah enjin.

Pihak berkuasa penerbangan Greece berkata, sebelum kejadian, juruterbang pesawat telah menghubungi menara kawalan bagi memaklumkan masalah itu, dan diberi pilihan sama ada mendarat di Thessaloniki atau Kavala.

“Juruterbang itu memilih untuk mendarat di Kavala kerana ia lebih berhampiran dengan lokasi semasa pesawat itu,” kata seorang jurucakap penerbangan yang tidak dikenal pasti.

Bagaimanapun, komunikasi dengan pesawat terputus sejurus itu.

Pihak penyelamat berkata, pesawat malang itu jatuh terhempas kira-kira 40 kilometer (km) dari lapangan terbang.

Buat masa ini, belum terdapat sebarang berita mengenai keadaan lapan anak kapal yang berada dalam pesawat tersebut.

Difahamkan jugga, pihak tentera bersama pakar bahan letupan sudahpun berada di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum operasi menyelamat boleh dilancarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here