Pihak salahgunakan subsidi makanan wajar dikenakan SOSMA, POTA

0
7

CYBERJAYA – Pihak yang menyalahgunakan subsidi bahan makanan, sebagai contoh minyak masak, wajar dikenakan tindakan di bawah akta SOSMA atau POTA.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perbuatan mereka secara langsung mengancam keselamatan makanan negara.

Mengambil contoh minyak masak, Najib berkata, setiap bulan kerajaan akan mengagihkan kuota 60,000 tan metrik yang dijual pada harga RM2.50 setiap paket 1 liter bagi kegunaan pengguna domestik.

Harga sebenar minyak masak adalah RM9 bagi setiap seliter, dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM6.50 bagi setiap seliter.

“Sepatutnya minyak masak paket ini cukup memandangkannya ia dihadkan kepada pengguna domestik.

“Tapi banyak yang telah disalahgunakan oleh restoran dan kilang atau diseludup ke negara jiran,” kata Najib dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here