PM lancar pembiayaan insurans kenderaan tanpa riba untuk penjawat awam 

0
105
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, myezycover.com di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembiayaan insurans itu berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, yang merupakan pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba.

“Melalui penjawat awam juga boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa apa-apa bayaran pendahuluan.

“Program yang diilhamkan oleh Kementerian Sumber Manusia, di bawah kerjasama strategik antara PERKESO, ANGKASA dan A Tech Insure Sdn Bhd juga akan memanfaatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kemudahan itu akan diperluaskan kepada kakitangan syarikat pelaburan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta.

“Program ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam, selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here