Polis siasat isteri pemilik kelab Crackhouse terima ugutan bunuh 

0
19
Keadaan Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang telah disimbah dengan cat bewarna merah dan hitam oleh orang yang tidak dikenali awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Komedi Crackhouse membuat laporan polis setelah salah seorang daripada ahli keluarganya menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, laporan polis dibuat oleh pemilik syarikat Mycomedy Sdn Bhd semalam.

“Polis mengesahkan laporan yang dibuat, ugutan diterima oleh isteri pemilik kelab berkenaan daripada seorang lelaki tidak dikenali.

“Ugutan yang diterima mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan cat di premis terbabit,” katanya.

Tambahnya lagi, kes bakal disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, premis Kelab Komedi Crackhouse yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu disimbah cat berwarna merah dan hitam.

Kejadian itu disedari selepas pihak polis menerima panggilan berhubung insiden berkenaan daripada orang awam pada jam 7 pagi.

Pada 14 Julai lalu, polis menahan pengasas bersama kelab komedi berkenaan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi berdiri di kelab itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here