Potong gaji menteri : Khalid Norden canggah bantahan Annuar Musa

0
32
Khaled Nordin

CYBERJAYA – Walaupun tiada negara yang berjaya menurunkan kadar inflasi melalui pemotongan gaji menteri, langkah itu boleh dilaksanakan sebagai solidariti pemimpin bersama rakyat.

Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata, usaha itu adalah untuk menunjukkan kebersamaan terhadap kesusahan dan keperitan di sekeliling kita. 

“Lupakah pengajaran yang kita dapati dari kewajipan berpuasa,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa.

Annuar semalam mencabar pihak yang mencadangkan gaji menteri dipotong supaya menamakan negara yang berjaya menurunkan inflasi melalui langkah itu.

Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia membayangkan walaupun gaji setiap menteri dipotong, penjimatannya tidak memadai untuk mengubah keadaan.

Sebelum ini, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz mencadangkan gaji menteri dipotong sebagai tanda empati ketika rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi semasa.

Tunjuk perasaan “Turun” di ibu kota Sabtu lalu juga membangkitkan isu kenaikan harga barang dan menyuarakan gesaan yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here