Program PIBG di Tanah Merah tidak guna dana Kementerian Pendidikan – tegas Radzi

0
34
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (dua dari kanan) merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Secara Berkelompok Sekolah-sekolah di Tanah Merah, Kelantan minggu lalu.

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan program Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Secara Berkelompok Sekolah-sekolah di Tanah Merah, Kelantan tidak menggunakan dana daripada Kementerian Pendidikan.

Sebaliknya beliau berkata, program tersebut mendapat tajaan dan sumbangan daripada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Datuk Dr Radzi Jidin

“Untuk makluman semua, semakan kementerian mendapati tiada sesen pun peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah digunakan untuk membiayai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Secara Berkelompok Sekolah-sekolah di Tanah Merah.

“Sebaliknya, sumbangan dan perbelanjaan bagi program ini dibiayai oleh Ahli Parlimen Tanah Merah,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dana besar yang diperoleh bagi menganjurkan program tersebut.

“Nampaknya sekolah-sekolah kebangsaan Malaysia sudah kaya-raya.

“Setiap kali diadakan mesyuarat PIBG, sekolah akan hidangkan 100 ekor kambing golek serta membuat cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah Perodua Axia. 5 buah motorsikal, 10 ekor lembu, 10 TV, 20 telefon bimbit dan 200 hamper.

“Jangan hanya dibuat di Tanah Merah. Buatlah juga di semua sekolah kebangsaan dalam negara. Ini baru adil,” kata Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here