QM lancar mesin ATM emas pertama di Malaysia, bolehkan pelanggan keluarkan emas fizikal

0
206
Pengasas QM, Datuk Lim Khong Soon menunjukkan emas fizikal yang boleh dikeluarkan melalui mesin ATM emas QM.

GEORGETOWN – Syarikat Quantum Metal Sdn Bhd (QM) hari ini melangkah setapak lagi dengan melancarkan mesin ATM emas yang pertama di Malaysia di ibu pejabatnya di sini.

Menurut Pengasas QM, Datuk Lim Khong Soon, menerusi kemudahan itu ahli dan pelanggan QM boleh mengeluarkan emas yang disimpan secara digital melalui mesin ATM yang disediakan itu.

“Mesin ini membolehkan ahli dan pelanggan kita mengeluarkan emas fizikal di lokasi yang kita sediakan di Malaysia dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Saiz minimum yang boleh dikeluarkan ialah seberat 10 gram hingga kilo bar. Satu dinar juga boleh didapati di sini,” katanya ketika majlis pelancaran itu.

Yang hadir sama, Pengasas Angel Group, Rukhaidah Abd Karim; Pengasas CF Gold yang juga Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim; Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohammad Sahar Mat Din dan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Seri Ayub Yaakob.

Rukhaidah menunjukkan emas fizikal yang dikeluarkan melalui mesin ATM berkenaan.

Sementara itu, Rukhaidah berkata, pelanggan QM yang berhasrat untuk mengeluarkan emas secara fizikal melalui kemudahan itu perlu melakukannya terlebih dahulu melalui sistem QM.

“Untuk menggunakan mesin ATM ini, kena buat pengeluaran fizikal emas melalui sistem QM terlebih dahulu. Kemudian akan dapat emel yang memberikan kata laluan dan pin nombor kemudian barulah boleh pergi ke mesin ATM berkenaan.

“Kemudian kita akan mendapat akses kad dan kunci sebelum pengeluaran itu boleh dilakukan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here