Quantum Metal bakal jalin kerjasama antarabangsa dengan Kumpulan Malakat Eco 

0
289
Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan Quantum Metal (QM) merangkumi kerjasama antarabangsa di luar negara.

Menurut Presidennya, Mohd Fadzil Hashim tawaran kerjasama yang diberikan itu adalah daripada pemilik QM sendiri kepadanya.

“Kita dah dapat tawaran daripada pemilik QM sendiri untuk jadi rakan kongsi dengan kita di negara yang kita dah kembangkan perniagaan kita seperti di Turkiye.

“Kita juga dalam proses memuktamadkan perkara ini dan Brainy Bunch juga akan dikembangkan di luar negara seperti di Bangladesh dan Pakistan,” katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mengahadiri Hari Sukan Brainy Bunch di sini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, Kumpulan Malakat Eco bukan sahaja berstatus ‘merchant’ malah sudah menjadi rakan strategik kepada QM.

“Malakat Eco Group dan Brainy Bunch bukan sahaja ‘merchant’ tapi kita juga merupakan rakan strategik dengan QM.

“Kita sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dan perjanjian kolaborasi jadi kita bukan ikut macam orang lain jadi agen untuk syarikat lain kerana kita adalah rakan strategik,” ujarnya lagi.

Menyentuh lebih lanjut, katanya, pihaknya akan terus bekerjasama dengan syarikat pelaburan itu selagi mana QM mengikut undang-undang syariah, dalam usaha untuk membantu umat Islam.

Dalam pada itu, Coach Fadzil yang juga Pengasas Brainy Bunch mengingatkan, agar orang ramai untuk berhati-hati dalam memberikan sebarang komen di media sosial.

Beliau berkata, komen yang tidak tepat dan berunsur fitnah mempunyai implikasi yang besar terhadap syarikat berkenaan dam boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Apa-apa kita kena berbicara dengan fakta dan berhati hati di media sosial. Di sosial media ini kita boleh sebut apa sahaja tapi bukan nama syarikat orang lain.

“Sebab kalau ada impak dari segi undang-undang, anda boleh kena saman, boleh kena Letter of Demand (LOD) dan bermacam-macam lagi.

“Nasihat saya jangan buat spekulasi benda yang kita tidak faham, kita rasa kita dah jual unit amanah dah jual takaful tapi itu tidak membuktikan anda sudah menjadi pakar dalam ekonomi Islam,” tegasnya.a

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here