Radzi kongsi urus sekolah semasa Covid-19 di UNESCO

0
3
Radzi Jidin


CYBERJAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkongsi pengalaman Malaysia mengurus sektor pendidikan dalam tempoh pandemik Covid-19 sempena Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis.

Radzi dalam perkongsiannya di Facebook memaklumkan, perkongsian itu dilakukan semasa berlangsungnya sesi Ministerial Roundtable bersama beberapa lagi negara.

“Malaysia antara negara terpilih untuk berkongsi pengalaman mengurus sektor pendidikan dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Saya kongsikan pengalaman Malaysia mengurus pengoperasian sekolah ketika pandemik,” kongsinya, malam tadi.

Dalam pada itu, Radzi turut berkongsi tentang aspirasi masa hadapan pendidikan negara melalui penerapan konsep SekolahKu SEJAHTERA dengan 14 elemen nilai-nilai murni yang mampu menjadi pemangkin ke arah transformasi pendidikan.

“Apa yang penting, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan pentadbir masing-masing mempunyai peranan penting dalam mendidik anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

Persidangan tersebut akan membincangkan mengenai Transformasi Pendidikan serta langkah yang boleh diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here