Rakyat Kanada ‘panik’, talian internet terganggu

0
5
GAMBAR HIASAN

TORONTO – Perkhidmatan pengangkutan dan perbankan Kanada terjejas akibat gangguan internet dan telefon mudah alih sejak hari Jumaat.

Portal BBC menyebut, gangguan itu turut menjejaskan talian kecemasan, 911.

Gangguan tersebut menyebabkan penduduk Kanada berpusu-pusu ke kedai kopi dan perpustakaan untuk mencari sambungan.

Gangguan perkhidmatan bermula pada 4.30 waktu tempatan (08:30 GMT) pada hari Jumaat dan berlangsung selama lebih daripada 15 jam, dengan kebanyakan perkhidmatan kini telah dipulihkan.

Penyedia mudah alih dan internet terbesar Kanada, Rogers memohon maaf atas gangguan perkhidmatan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rogers, Tony Staffieri berkata, kerja-kerja penyelenggaraan “menyebabkan beberapa operasi tidak berfungsi pada awal pagi Jumaat”.

Gangguan itu memberi kesan yang besar pada pelbagai perkhidmatan di seluruh Kanada, sekali gus memberi amaran tentang akibat terlalu bergantung pada komunikasi moden.

Banyak perkhidmatan 911 melaporkan kesukaran untuk menerima panggilan masuk dan hospital meminta kakitangan yang bertugas ‘on call’ untuk datang bekerja sehingga isu itu diselesaikan.

Pengkritik berkata, gangguan itu menunjukkan keperluan untuk lebih banyak persaingan dalam sektor telekomunikasi Kanada.

Sektor itu dikuasai tiga syarikat – Rogers, BCE Inc dan Telus Corp – mengawal 90% bahagian pasaran di Kanada.

Rogers sahaja digunakan hampir 11 juta rakyat Kanada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here