Rancang perjalanan pulang ke ibu negara – PDRM

0
7
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai yang pulang menyambut Aidiladha di kampung supaya merancang semula perjalanan pulang ke ibu negara esok.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya mengesan kesesakan di lebuh raya sepanjang pemantauan Op Lancar bermula 8 Julai hingga 11 Julai 2022 bersempena cuti umum Aidiladha.

“Sepanjang Op Lancar ini, pemantauan JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) Bukit Aman di lapangan mendapati kesesakan lebih kerap berlaku di plaza-plaza tol dan juga kawasan mendaki,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan para pengguna di lebuh raya supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lebuh raya dan cadangan waktu pergerakan yang diberi oleh konsesi lebuh raya sebelum membuat pergerakan.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri, ahli keluarga serta pengguna lebuh raya yang lain.

“Dalam soal ini, PDRM komited dalam penugasan op lancar demi memastikan keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here