Rindu Laksa Penang? Jom cuba yang ‘Ori Penang’ di Malakat Mall

0
20
Laksa Penang Mami Kitchen yang disajikan dalam mangkuk bersaiz besar untuk kepuasan pelanggan.

TERSENARAI sebagai hidangan teratas dalam puluhan menu-menu sajian di Tea Amo Cafe (dahulu dikenali sebagai Bunch-Oh), Laksa Penang Mami Kitchen sememangnya antara ‘set wajib cuba’ bagi mereka yang bertandan ke Malakat Mall, Cyberjaya.

Disediakan dengan resipi asli Pulau Pinang, hidangan laksa dalam mangkuk bersaiz gedabak ini pasti tidak akan mengecewakan peminat-peminat laksa yang sudah biasa dengan ‘cita rasa
Penang’.

Keenakan rasanya dijamin dengan penggunaan bahan-bahan segar dan kelikatan kuah ikan tongkol yang disajikan setiap hari.

Selain menu yang satu ini, Mami Kitchen juga menawarkan Bihun Sup Daging dengan kelembutan isu daging kerbau dan kuah sup yang pekat.

Pembantu Dapur Mami Kitchen, Syed Abdul Ariff Syed Abdul Mutalib berkata, selain dua menu hidangan kegemaran pelanggan yang ditawarkan pada harga RM10.90 itu, pelanggan juga mempunyai beberapa lagi pilihan.

Syed Abdul Ariff Syed Abdul Mutalib
Setiap sajian disediakan menggunakan bahan-bahan yang segar dan ramuan yang secukup rasa.

Antaranya adalah Bihun Sup Ekor, Maggi Sup Ekor, Maggi Laksa, Maggi Sup Ekor, Sup Daging dan Sup Ekor.

Waktu operasi Mami Kitchen pada Isnin hingga Khamis bermula pada 12 tengahari sehingga 9 malam manakala pada Jumaat hingga Ahad dari 12 tengahari sehingga 9.30 malam.

Katanya, bagi pelanggan yang tidak dapat datang ke Tea Amo Cafe, pihak menawarkan perkhidmatan tempahan melalui GrabFood, FoodPanda dan Shopeefood.

Bihun Sup Daging Kerbau yang pasti menepati citarasa anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here