RoS luluskan pemohonan UMNO

0
27

CYBERJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaannya.

Kelulusan berkuat kuasa pada 29 Julai itu, bagaimanapun, diluluskan dengan sedikit pindaan oleh RoS, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dengan kelulusan itu, bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Menurutnya, RoS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih dari enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

RoS juga meminta satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

”Bagi pihak UMNO, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada RoS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here