Salahuddin fail usul tergempar di Parlimen bahas rampasan aset Petronas

0
36
Petronas

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghantar usul tergempar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi membahaskan rampasan aset Petronas oleh pihak yang mendakwa sebagai kesultanan Sulu itu.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata, perkara penting ini perlu dibincangkan dalam sidang parlimen bermula 18 Julai hingga awal Ogos depan itu.

“Saya telah menghantar satu usul tergempar kepada speaker Dewan Rakyat berkaitan dua anak syarikat Petronas di Luxembourg dirampas oleh kesultanan Sulu.

“Perkara ini wajib dijawab Perdana Menteri dan mesti dibahaskan pada sidang Parlimen yang akan datang.

“Rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita.

“Perdana Menteri perlu menjelaskan apakah langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia dan Petronas berkaitan perkara ini,” kata dalam satu kenyataan malam tadi.

Semalam, Financial Times yang berpangkalan di London melaporkan waris Kesultanan Sulu menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia dan merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.

Peguam berkata bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here