Sambutan Aidiladha Kumpulan Malakat Eco berlangsung penuh kesyukuran

0
31
Warga Kumpulan Malakat Eco bersedia mengorbankan salah seekor daripada dua ekor lembu pada program ibadah korban di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, di sini hari ini. – FARID JANUDIN/MALAKAT TRIBUNE

CYBERJAYA – Warga Kumpulan Malakat Eco mengadakan program ibadah korban bertempat di kampus Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch sempena Hari Raya Aidiladha di sini, hari ini.

Presidennya, Mohd Fadzil Hashim berkata, setelah lebih dua tahun program sebegini tidak dapat diadakan, penganjurannya pada kali ini amat dinantikan oleh semua warga kumpulan termasuk para ibu bapa pelajar Brainy Bunch.

“Program ini diadakan secara gotong-royong di antara kakitangan kumpulan dan juga ibu bapa.

“Alhamdulillah, pada tahun ini kita dapat korbankan dua ekor lembu,” kata Mohd.Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Beliau menambah, daging korban itu akan diagihkan dalam kalangan kakitangan dan juga kepada mereka yang memerlukan.

Program dimulakan dengan solat Aidiladha di Malakat Mall yang diimamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulam Malakat Eco, Mohd. Hilmi Ismail, dan diikuti dengan jamuan makan pagi.

“Sekarang ramai yang memilih untuk (melakukan) korban di luar, itu bagus kerana kita dituntut untuk melakukannya sebanyak yang mungkin.

“Tapi jangan lupakan juga mereka (yang memerlukan) yang berada di sini,” tambah Coach Fadzil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here