‘Saya terlibat gubal perjanjian jawatan TPM’ – Taqiyuddin

0
29

CYBERJAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui penglibatannya dalam perjanjian berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri sepertimana dibangkitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Pas itu berkata, penglibatan beliau dalam menggubal perjanjian itu dilakukan atas kedudukannya ketika itu dan bukannya atas kapasiti parti.

“Saya bekas menteri undang-undang, jadi semua yang berkaitan undang-undang ni memang saya yang guballah, bukan kerana saya ini Takiyuddin atau apa.

“Bila beliau (Muhyiddin) cakap macam tu, betullah tu, sayalah yang kena buat, ia dipanggil sebagai Memorandum Perjanjian (MoA).

“Saya hanya draf, yang tandatangan itu orang lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (zon tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Padang Dewan Serbaguna Sungai Kerang dekat Trong, Perak hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin pada Isnin yang meminta Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang merujuk kepadanya mengenai kewujudan perjanjian jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pada Jumaat, Abdul Hadi menyatakan tiada sebarang perjanjian dibuat berhubung pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri antara PN dengan Perdana Menteri.

Mengulas perkara itu, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, tidak semua pemimpin mengetahui butiran MoA terbabit melainkan mereka yang terlibat secara langsung ketika menandatanganinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here