Sekolah pondok sebar fahaman ekstrem: Geng Ustaz tuntut permohonan maaf 

0
294
Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Julai 2022 yang memaparkan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi mengenai sekolah pondok menyebarkan fahaman ekstremis.

CYBERJAYA – Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) menuntut permohonan maaf secara terbuka dan penarikan balik kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi.

Tuntutan itu dibuat susulan kenyataan Mahmood yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, menyatakan sekolah pondok menyebarkan fahaman ekstremis.

Geng Ustaz dalam satu kenyataan hari ini berkata, permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu wajar dibuat bagi menjernihkan kembali keadaan.

“Geng Ustaz merasa sangat kesal dengan kenyataan berbaur ekstrem dan berniat jahat tersebut, yang seolah olah dibuat seperti mahu menimbulkan naratif baharu menolak institusi pondok.

“Sesungguhnya kenyataan in adalah suatu kenyataan yang dangkal dan tidak berpijak di bum yang nyata,” katanya.

Tambahnya lagi, kenyataan tersebut telah memberi persepsi dan gambaran buruk terhadap sekolah sekolah pondok.

“Kenyataan yang dibuat adalah penuh sangkaan dan lari dari fakta yang sebenar,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Mahmood dalam satu kenyataan berkata, lebih 400 sekolah pondok di negara ini dilihat berpotensi menjadi pusat penyebaran fahaman ekstremisme membabitkan tenaga pengajar dan pelajar.

Beliau juga mencadangkan agar sesebuah sekolah pondok sepatutnya diberi panduan dan di audit berkala serta mempunyai silibus mata pelajaran ditetapkan bagi mengelakkan ia terpesong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here