Selepas 2 tahun, Hari Sukan Brainy Bunch berlangsung dengan sangat meriah 

0
30
Pelajar Brainy Bunch cawangan Lembah Klang sedang merentasi halangan yang berkonsepkan ’Pahlawan Race’ sempena Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

CYBERJAYA – “Dia sangat teruja dan kalau boleh tak nak sekolah lain nak ke Brainy Bunch juga” kata Maizatulakma Md Isa, 33, yang merupakan ibu kepada salah seorang alumni murid Brainy Bunch yang ditemui ketika Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

Dia yang berasal dari Sungai Buloh, juga berasa teruja kerana masih dijemput untuk menyertai hari sukan tersebut walaupun anaknya sudah melangkah ke tahun satu sekolah kebangsaan pada tahun ini.

“Ini merupakan kali pertama anak saya dapat menyertai hari sukan tersebut selepas dua tahun dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Maizatulakma Md Isa, 33, ibu kepada salah seorang alumni murid Brainy Bunch yang ditemui di sini, hari ini.

“Anak saya masuk Brainy Bunch semasa Covid-19 jadi dua tahun dia tak sertai acara macam ini jadi rasa teruja sebab dijemput untuk hari sukan hari ini, katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Menurut Maizatulakma, anak lelakinya itu sebelum ini belajar di Brainy Bunch di sini namun sejak berpindah ke Sungai Buloh dia tidak dapat menghantar ke sini disebabkan jarak yang jauh.

Dalam pada itu, salah seorang ibu kepada peserta, Noor Fathin Azlan, 31, berasa sebak melihat sokongan yang diberikan oleh ibu-bapa kepada anak-anak mereka sepanjang menyertai aktiviti tersebut.

Noor Fathin Azlan, 31, ibu kepada salah seorang murid Brainy Bunch yang hadir pada hari ini.

“Apa yang menarik perhatian saya adalah sokongan daripada mak ayah sebab zaman saya dulu jarang ayah nak turun sokong mak sahaja yang datang dan saya pun rasa sebak tengok,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim menyifatkan acara hari sukan hari ini berjaya kerana rata-rata ibu bapa berasa gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang disediakan.

Lebih membanggakan, katanya, apabila sambutan yang diterima sangat meriah dengan kira-kira 5,000 orang hadir memeriahkan hari sukan tersebut.

Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim bergambar bersama salah seorang peserta Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

“Hari ini merupakan hari kedua acara sukan ini dianjurkan di sini untuk murid kita di Lembah Klang.

“Kita anggarkan lebih 5,000 orang yang hadir dalam acara sukan ini. Pelajar kita sahaja ada 1,100 orang campur dengan alumni, ibu, ayah, cucu, dan datuk lagi kita anggarkan dalam 5,000 orang yang hadir hari ini.

“Selain itu, cuaca hari ini juga sangat baik dan secara keseluruhan semua ibu bapa gembira dengan acara hari ini, yang baju kotor semua puas hati,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here