Seorang wanita maut kemalangan lapan buah kenderaan, 21 buah basikal

0
185

PASIR PUTEH – Seorang wanita dilaporkan maut, manakala empat lagi termasuk seorang bayi cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan lapan buah kenderaan dan 21 buah basikal di Jalan Kamunting, di sini, hari ini.

Salah seorang yang cedera, seorang kanak-kanak dalam lingkungan 10 tahun, turut mengalami putus kaki kiri.

Kemalangan pada pukul 9.05 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), dua buah lori, tiga buah kereta, dua buah motosikal dan 21 basikal.

Ia turut menyebabkan sebuah daripada lori yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap kenderaan lain.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Puteh berkata, 13 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi sejurus maklumat.

“Terdapat lima mangsa iaitu seorang wanita dewasa yang meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan.

“Kerja menyelamat sedang dilakukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here