Serpihan roket China lintas di ruang udara Malaysia, jatuh di Laut Sulu

0
30
Imej serpihan roket China yang melintasi ruang udara Malaysia awal pagi tadi

KUALA LUMPUR – Serpihan (debris) roket Long March 5B milik China dilaporkan masuk semula ke ruang udara bumi pada jam 12.55 pagi tadi, kata Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Menurutnya, menerusi pemantauan berterusan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan kenyataan Agensi Angkasa China memaklumkan serpihan roket berkenaan terbakar semasa memasuki ruang udara bumi.

Pergerakan serpihan yang terbakar itu, katanya, turut melintasi ruang udara Malaysia dan dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara Sarawak.

“Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur hari ini,” kata MYSA dalam kenyataan hari ini.

Tular di media sosial mengenai perkongsian warga maya mengenai rakaman video dipercayai serpihan roket berkenaan yang berlaku di Kuching, Sarawak awal pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here