Shinzo Abe mainkan peranan pentingdalam hubungan Malaysia, Jepun – PM

0
34
Kredit : Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang meninggal dunia akibat ditembak hari ini.

Beliau berkata, Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun.

“Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun, dan merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan tersebut.

Terdahulu, Abe, 67, disahkan meninggal dunia selepas beliau ditembak ketika sedang berucap.

Abe ditembak sebanyak dua kali dari arah belakang sehingga menyebabkan beliau rebah dengan tubuh berdarah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here