Simpanan berbentuk aset bernilai kekal langkah terbaik hadapi kemelesetan ekonomi

0
24

CYBERJAYA – Orang ramai disaran untuk menambah pelbagai jenis sumber pendapatan lain sebagai salah satu ikhtiar berhadapan suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, saranan pelbagai pihak supaya orang ramai mengurangkan perbelanjaan dan lebihkan menyimpan wang juga dilihat tidak berkesan kerana ia akan dijejaskan oleh faktor nilai mata wang yang semakin susut.

“Teknik ini hanya akan berkesan sekiranya simpanan yang dibuat menggunakan mata wang yang tidak terjejas akibat kadar tukaran asing.

“Sebenarnya, simpanan dalam mata wang Ringgit akan terjejas kerana nilainya menurun,” kata Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Jadi, beliau mencadangkan simpanan yang terbaik dilakukan adalah menyimpan sebarang aset yang mempunyai nilai yang kekal.

“Emas merupakan salah satu daripada instrumen simpanan tersebut. Begitu juga dengan simpanan dalam bentuk US Dolar, kerana nilai tukarannya tidak terjejas sangat,” kata Coah Fadzil.

Beliau menjelaskan, dalam keadaan kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) merupakan salah satu instrumen bagi bank pusat mengawal kadar kenaikan inflasi.

“Umumnya, inflasi berlaku apabila kehendak pasaran ataupun kuasa beli melebihi perbekalan.

“Jadi, bagi mengawal kuasa tersebut, bank-bank pusat menaikkan OPR bagi mengurangkan kuasa beli tersebut, dan pada masa yang sama mengimbangi kembali pasaran,” kata Coach Fadzil.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengawal perbelanjaan peribadi terutamanya melibatkan perkara yang tidak perlu.

Artikel berkaitan: 7 tips jana pendapatan menerusi pelbagai sumber pada modal yang rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here