Stadium Shah Alam bukan dibina baharu, cuma dibaik pulih dan naik taraf – jelas MB Selangor

0
18
Stadium Shah Alam

CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan kos sebanyak RM787 juta yang diperuntukan kepada Stadium Shah Alam adalah untuk projek baik pulih dan naik taraf.

Beliau berkata, peruntukan itu bukan untuk digunakan bagi membina stadium baharu di tapak sama.

“Ramai yang beranggapan bahawa kos RM787 juta ini adalah kos membina stadium yang baru. Ini tidak benar.

“Ada juga yang mempersoalkan kenapa jumlah terlalu besar untuk membaikpulih keseluruhan stadium.

“Ini adalah kerana kos ini termasuk kos meninggikan platform stadium sebanyak 1.5 meter bagi mengelak kejadian banjir berulang, kos keseluruhan bagi menukar sistem pendawaian elektrik, kos menukar keseluruhan struktur bumbung dan meruntuhkan struktur bumbung sedia ada, kos pembaikan padang serta kos membaiki sistem perpaipan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kos tersebut juga bukan hanya bagi Stadium Shah Alam namun turut melibatkan Stadium Tertutup Melawati yang berada di kawasan yang sama.

“Setelah meneliti kesemua cadangan dan kertas kerja yang diterima sejak 2013, Kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk melaksanakan pembangunan baru Kompleks Sukan Shah Alam.

“Ini turut mengambil kira kos membaik pulih yang terlalu tinggi serta kekangan yang dihadapi. Pembangunan baru ini tidak melibatkan sebarang dana Kerajaan Negeri, akan menumpukan kepada teknologi hijau dan mesra alam serta memberi wajah baru kepada Stadium Shah Alam,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here