Subsidi pukal secara berterusan beri tekanan pada kewangan negara

0
7
TENGKU ZAFRUL

CYBERJAYA – Mekanisme pemberian subsidi secara pukal akan memberikan tekanan kepada kedudukan kewangan negara dan tidak akan dapat dilaksanakan selamanya.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pada tahun ini perbelanjaan subsidi dijangka meningkat kepada RM77.7 bil berbanding peruntukan sebanyak RM31 bilion dalam Bajet 2022.

Bagaimanapun, beliau berkata, di sebalik kekangan kewangan, Putrajaya terus komited meningkatkan pemberian subsidi dengan memperkenalkan subsidi baharu yang tidak termasuk dalam Bajet 2022.

Katanya, memandangkan harga komoditi global dijangka akan kekal pada paras tinggi untuk separuh tahun kedua 2022, kerajaan akan terus meneliti sumber hasil dan penjimatan tambahan bagi menampung keperluan tambahan subsidi bagi tempoh itu.

“Dengan itu, kerajaan sedang menyemak dan menilai semula keberkesanan setiap program subsidi dan insentif yang dilaksanakan bagi memastikan peruntukan yang optimum disediakan untuk setiap program dan membolehkan penjimatan yang diperoleh disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen, bagi menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta kerajaan menyatakan langkah kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi sebanyak RM80 bilion setahun dapat disediakan untuk kelangsungan hidup rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here