Suspek kelar wanita, bayi 2 bulan direman tujuh hari

0
9
Suspek dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

JOHOR BAHRU – Suspek utama kejadian bunuh seorang wanita bersama bayinya berusia dua bulan dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 24 tahun itu dikeluarkan oleh Pembantu Pendaftar Mahkamah Majisteret, Nur Izzaty Muhammad Zahari bagi membantu siasatan di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan seorang wanita yang sedang berpantang ditemukan maut bersama bayinya dengan kesan kelaran di leher.

Suspek utama kejadian berjaya ditahan beberapa jam kemudian di Permas Jaya ketika sedang menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here