Suspek kes bunuh suami ditahan reman tujuh hari

0
19
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang dipercayai memukul suami sendiri sehingga maut ditahan reman selama tujuh hari di Taman Daya di sini semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Melody Woon Sze Mun.

Wanita berusia 36 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi diiringi polis, lapor Astro Awani.

Dalam kejadian kelmarin, seorang lelaki ditemukan maut di sebuah kediaman di tingkat 3, blok 14, Flat Nipah di Taman Daya dipercayai dipukul isterinya .

Mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi semalam di kediaman keluarga disaksikan anak mangsa berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata, suspek juga positif jenis dadah methapethamine dan amphetamine.

Katanya polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ini dan boleh membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal polis juga mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala dipercayai diserang dengan objek tumpul.

“Wanita terbabit juga mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes berkaitan dadah dan satu kes jenayah mendatangkan kecederaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here