Syamsul Yusof setuju Kelab Komedi Crackhouse ditutup

0
80
Syamsul Yusof (dua dari kanan) bersama NGO Muslim lain berhimpun secara aman selepas membuat laporan polis terhadap pemilik kelab komedi Crackhouse semalam.

KUALA LUMPUR –  Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof bersetuju langkah tegas termasuk penutupan operasi diambil terhadap Kelab Komedi Crackhouse.

Beliau berkata, ini kerana kelab komedi itu telah beberapa kali menyentuh isu sensitif dan memerli orang Melayu serta agama Islam.

“Saya percaya apa yang jadi dalam video yang viral itu bukan kali pertama, dah banyak lagi dan benda ini harus berhenti di sini.

“Saya faham saya bukan pejuang macam saudara yang lain tapi saya rasa kita marah kerana Islam itu telah diperkotak-katikan dan dipermainkan dan perlu disuarakan secara vokal.

“Pada awalnya saya tak setuju kelab komedi itu ditutup, tapi lepas tahu yang Rizal tu adalah owner (pemilik) kepada kelab itu, jadi kalau itu faktanya jadi saya yakin kelab itu harus ditutup. Ini bukan main-main,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu, Syamsul menegaskan kehadirannya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain bagi membantah tindakan itu bukan dibuat atas dasar politik atau mempunyai sebarang kepentingan lain.

Katanya, beliau datang sebagai seorang Islam dan mahukan isu sebegini ditangani dengan serius.

“Isu ini juga perlu berbalik kepada pemimpin. Agama rasmi di Malaysia ini Islam. Kenapa ada orang yang agak kurang senang tentang agama ini.

“Contoh dalam filem Mat Kilau. Filem ini terus terang untuk mengangkat semangat nasionalisme dan jati diri Melayu dan tidak menghentam mana-mana kaum dan bangsa malahan filem Mat Kilau ini juga ditonton oleh kaum India dan Cina yang menyukai filem ini

“Mungkin kerana mesej filem Mat Kilau ini terlalu kuat dan mungkin ada golongan yang berasa kurang senang pula padahal dalam agama kita sendiri pun tidak membenarkan kita menzalimi bangsa lain malah lindungilah mereka,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here