Tajuddin digugur dari jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia

0
187
Tajuddin Abdul Rahman

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Memetik laporan FMT, perkara itu disahkan oleh seorang sumber kerajaan.

Sumber tersebut menyatakan namaTajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Menurutnya lagi, kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin.

“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya kepada FMT.

Ketika dihubungi FMT, Tajuddin enggan mengulas dan meminta FMT merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya perdana menteri ke, saya mana tahu,” katanya kepada FMT.

Pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk belas diplomat.

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak yang mendesak Tajuddin digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ibarat mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, kerana pelantikan beliau sudah diperkenan.

Tajuddin sebelum ini menyifatkan sebahagian kritikan berhubung pelantikannya sebagai “tidak adil”.

“Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua, sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu, sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi, saya dilayan seolah-olah seperti saya ‘orang tepi jalan’.”

Pada Mei 2021, Ahli Parlimen kontroversi itu digugurkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan berhubung perlanggaran dua tren LRT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here