Teman lelaki kepada wanita hina Islam ditahan polis

0
185

KUALA LUMPUR – Polis menahan teman lelaki kepada seorang wanita yang menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi sini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepasukan anggota polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan lelaki itu di sini pada semalam.

“Lelaki tersebut telah ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Noorsiah berkata, pihaknya akan membuat permohonan untuk menyambung reman suspek wanita yang ditahan pada Sabtu lalu, selepas tempoh remannya tamat esok.

“Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan,” ujarnya.

Sebelum ini tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan komedi sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here