Teman lelaki wanita hina Islam mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan

0
98
V Alexander Navin diiringi polis ke Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dipercayai pasangan kepada seorang wanita yang didakwa menghina Islam ketika melakukan persembahan komedi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya.

Tertuduh V Alexander Navin, 38 mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus, lapor Harian Metro.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.

Terdahulu sebelum pertuduhan dimulakan, peguam yang mewakili tertuduh Ramesh NP Chandran, membuat permohonan maaf kepada mahkamah selepas hadir lambat kerana terpaksa menyelesaikan kes berkait di mahkamah berbeza.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Mohamed Idris tidak menawarkan sebarang jaminan.

Beliau turut memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport, perlu melapor diri di balai polis dan tidak memuat naik sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes ini.

Bagaimanapun, Ramesh membantah dan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah dengan alasan semua kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan yang boleh dijamin.

Hakim kemudian memutuskan mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 1 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here