Tiga maut dalam serangan di Denmark

0
18
Gambar hiasan.

COPENHAGEN – Tiga terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan rambang seorang remaja berusia 22 tahun di sebuah pusat membeli-belah di Copenhagen semalam.

Kejadian yang menggemparkan bandar itu berlaku sejurus selepas Denmark menjadi tuan rumah peringkat ketiga perlumbaan basikal Tour de France yang dihadiri ribuan penonton, tiga hari lalu.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Denmark, Soren Thomassen berkata, mangsa yang terkorban adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan dua orang remaja.

“Suspek yang ditahan bersama senapang dan peluru itu akan berdepan dengan tuduhan membunuh.

“Siasatan awal mempercayai suspek tidak bertindak secara berkumpulan,” katanya.

“Saya mahu menggalakkan Denmark berdiri bersama dan menyokong satu sama lain dalam masa yang sukar ini.

Rakaman media tempatan menunjukkan orang ramai bertempiaran lari meninggalkan pusat membeli-belah itu sejurus selepas bunyi tembakan.

Sementara itu Perdana Menteri, Mette Frederiksen dalam satu kenyataan, menyeru orang ramai supaya terus kekal bersatu dalam usaha menghentikan keganasan senjata di negara itu.

“Bandar kami yang cantik dan begitu selamat telah ditukar dalam sekelip mata.

“Saya mahu orang ramai bersama-sama menyokong satu sama lain dalam masa yang sukar ini,” katanya.

Denmark kali terakhir menyaksikan serangan bersenjata pada 2015, apabila dua orang terbunuh dan enam pegawai polis cedera dalam serangan seorang lelaki bersenjata di luar pusat kebudayaan dan seorang lagi di luar rumah ibadat Yahudi di pusat Copenhagen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here