Tiga maut, tiga cedera parah kemalangan dipercayai libatkan Mat Rempit

0
520
Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Laporan Berita Harian menyebut, kemalangan yang dipercayai berlaku pada pukul 4.40 pagi tadi difahamkan membabitkan beberapa buah motosikal serta kereta.

Mangsa yang terkorban adalah penunggang motosikal dan semua mayat sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, laporan China Press pula menyebut, kemalangan itu berlaku berhampiran laluan E-Gate dan dipercayai membabitkan kumpulan mat rempit.

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan kejadian itu menjadi tular di media sosial sejak pagi tadi.

Klip video itu menunjukkan, barisan kereta yang sedang berhenti di sebuah jalan kerana laluan mereka dihalang motosikal dan secara tiba-tiba kelihatan beberapa buah motosikal lain bergerak secara laju dari belakang lalu melanggar kereta yang sedang berhenti itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here