Tunku Ismail cadang MB Johor pakai selipar 

0
101
Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) bersama Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi (kanan).

JOHOR BAHRU – Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi supaya menumpukan perhatian terhadap tugasnya mentadbir negeri Johor.

Baginda bertitah sedemikian susulan isu kasut kulit mewah dipakai Onn Hafiz yang tular baru-baru ini.

Selain itu, baginda menerusi kiriman ciapan Twitternya tengah malam tadi juga bertitah, supaya Onn Hafiz mengabaikan isu yang telah ditimbulkan itu.

“Benda macam ini pun jadi isu? Dato saya cadangkan lepas ni Dato pakai selipar sahaja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato dan beberapa pegawai kerajaan.

“Dato, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” titah baginda.

Semalam, tular berita Onn Hafiz memakai kasut kulit mewah yang dipercayai mencecah RM40,000.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menafikan dakwaan individu yang mengatakan beliau memakai kasut yang berharga puluhan ribu ringgit walaupun baharu beberapa bulan memegang jawatan berkenaan.

Beliau memberitahu, kasut tersebut adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here