Tuntutan Kesultanan Sulu: Lebih 150 laporan polis dibuat terhadap Najib oleh PKR di seluruh negara 

0
72
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bersama Ahli Parlimen Sentiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) menunjukkan salinan laporan polis ke atas Bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tuntutan waris kesultanan Sulu di Balai Polis Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut Nik Nazmi, laporan polis itu dibuat susulan kecuaian Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri sehingga menyebabkan Malaysia terdedah kepada tuntutan waris Kesultanan Sulu.

“Sebentar tadi saya dengan saudara Rafizi bersama Datuk Danyal telah membuat laporan polis tentang kecuaian Datuk Seri Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri sehingga menyebabkan negara kita terdedah kepada tuntutan waris Kesultanan Sulu,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Setiawangsa di sini.

Ahli Parlimen Sentiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika sidang media selepas membuat laporan polis ke atas Bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tuntutan waris kesultanan Sulu di Balai Polis Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi juga mempersoalkan tindakan Najib yang seolah-olah tidak mengambil berat selepas mendapat notis tututan yang pertama pada tahun 2017 daripada waris Kesultanan Sulu.

“Kita tidak tahu apabila Najib mendapat notis yang pertama pada 2 November 2017 sama ada, ada sebarang tindakan atau tidak.

“Cara bagaimana tuntutan itu dibalas akan menunjukan sama ada anda serius atau tidak dengan isu itu.

“Setakat ini tiada tanda-tanda tindakan daripada pentadbiran Najib selepas dia mendapat surat tuntutan itu pada tahun 2017,” tegasnya.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ditemui selepas membuat laporan polis ke atas Bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tuntutan waris kesultanan Sulu di Balai Polis Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan, berharap pihak polis mengambil kenyataan daripada Najib.

“Saya faham yang pihak berkuasa menjalankan siasatan, dan saya berharap kenyataan bakal diambil daripada pihak Najib.

“Dalam beratus laporan polis yang dibuat, paling kurang pun Najib akan diambil kenyataan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, anggaran sebanyak 150 laporan polis telah dibuat di seluruh negara hari ini oleh bukan sahaja ahli PKR dan Pakatan Harapan (PH) malah ada juga orang awam yang menghubunginya untuk turut sama membuat laporan polis terhadap Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here