UM perkenal menu ekonomi bantu pelajar tangani harga makanan mahal 

0
28
Kafeteria Kolej Kediaman ke-12 Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mulai hari ini memperkenalkan menu ekonomi susulan peningkatan harga barangan yang telah memberi kesan kepada harga makanan di dalam kampus.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UM, langkah itu diambil bagi membantu dan menjaga kebajikan pelajarnya yang turut terkesan akibat kenaikan harga barang.

“BHEP dengan kerjasama pengusaha kafeteria kolej telah mengambil inisiatif memperkenalkan menu ekonomi di semua kafeteria kolej kediaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut BHEP UM lagi, para pelajar boleh membeli menu ekonomi ini dengan harga RM3.50 bagi set (nasi, telur, sayur dan sambal) dan RM5 bagi set (nasi, aya lm atau ikan, sayur dan sambal) di kafeteria kolej masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here