Undang-undang sedia ada sudah cukup kuat tangani isu provokasi agama

0
15
AHMAD MARZUK

KOTA BHARU – Tiada keperluan untuk mengubah undang-undang kerana peruntukan sedia ada sudah cukup kuat bagi menangani provokasi yang menghina agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan tidak akan melepaskan mereka malah pihak yang melakukan provokasi akan dikesan dan ditahan kerana menjejaskan keharmonian.

“Kerajaan tidak akan melepaskan mereka ini dalam apa sahaja ruang tindakan undang-undang sama ada melalui undang-undang syariah ataupun sivil.

“Sebarang usaha yang cuba mengganggu gugat Islam, mereka ini akan berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah,” katanya bagi mengulas tindakan terhadap beberapa individu yang melakukan provokasi dalam persembahan termasuk di sebuah kelab komedi dan menghina Islam melalui hantaran di laman sosial baru-baru ini.

Kata Ahmad Marzuk lagi, semua tindakan yang dikenakan oleh mahkamah terhadap mereka yang menghina Islam diharap menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya jangan sesekali melakukan perbuatan serupa.

“Tiada pihak yang mendapat untung daripada perbuatan menghina agama melainkan hanya mencetuskan provokasi dan sengaja mencari publisiti murahan… Dari segi tindakan juga, saya rasa tiada keperluan untuk mengubah undang-undang kerana yang sedia ada sudah memadai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here