[VIDEO] Ruangan ‘flea market’ tambah kemeriahan R&R di Malakat Mall

0
12
Khairul Badri bersama isterinya yang turut sama hadir menjaga ruang jualan mereka di flea market R&R di Malakat Mall, hari ini.

CYBERJAYA – Karnival mingguan Riuh & Rancak (R&R) di Malakat Mall tampil dengan pembaharuan apabila memperkenalkan ruangan flea market.

Menurut salah seorang peserta flea market tersebut, Anizam Mustafa, antara barangan jualannya pada flea market ini termasuk koleksi piring hitam, syiling peringatan, mainan dan pelbagai lagi barangan koleksi lama.

Flea market tarikan baharu di R&R Malakat Mall

“Kebanyakan daripada barangan ini milik peribadi saya sendiri.

“Saya memang seorang pengumpul barangan, jadi apabila saya mempunyai lebihan daripada koleksi, saya akan buat jualan,” kata Anizam yang bergiat sebagai seorang pereka sepenuh masa.

Sementara itu, seorang lagi penjual yang ditemui, Khairul Badri Muhammad Isa, beliau suka mencari pengalaman baharu jadi beliau membuat keputusan untuk membuka jualan di flea market ini.

“Ketika tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya menjalankan perniagaan online. Ketika itu, saya bergiat dalam penjualan bahan makanan.

“Tapi kali ini, saya memilih untuk menjual barangan seperti pakaian terpakai, beg dan pelbagai aksesori lain. Sekurang-kurangnya saya ada sesuatu untuk dibuat pada waktu hujung miggu,” kata Khairul Badri yang bekerja sepenuh masa sebagai seorang juruvideo.

Selain flea market, R&R turut menyediakan juadah menarik dari pelbagai operator yang mengambil bahagian.

R&R @ Malakat Mall merupakan karnival santai yang dianjurkan pada setiap Jumaat hingga Ahad dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here