Wan Saiful bukan lagi Pengerusi PTPTN 

0
38
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan.

JITRA – Kontrak perkhidmatan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan diperbaharui.

Beliau hari ini mengesahkan tidak lagi memegang jawatan itu selepas kontrak perkhidmatannya dengan perbadanan itu tamat pada 17 Jun lalu.

“Setakat saya duduk di PTPTN selama empat tahun saya agak bangga dengan rekod yang diusahakan di PTPTN.

“Sebab kita fokus penyelesaian jangka panjang kepada masalah hutang anak muda dan penyelesaiannya ialah dengan menggalakkan penabungan.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis ibadah korban di Kampung Machang, Tunjang di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, semasa mengambil alih jawatan pengerusi PTPTN, kutipan deposit tahunan perbadanan itu adalah sekitar RM700 juta dan selepas empat tahun kutipan kini mencecah RM4 bilion setahun.

Tambahnya lagi, jumlah itu menunjukkan hasil telah diusahakan PTPTN sepanjang tempoh itu selain pemberian moratorium pembayaran semula pinjaman yang membantu peminjam ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wan Saiful yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) dilantik sebagai pengerusi PTPTN berkuat kuasa 18 Jun 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here