Wanita gelandangan bukan Zalina Azman

0
30
Gambar kanan wanita yang dikatakan mirip Zalina Azmam

SHAH ALAM – Seorang wanita yang ditemukan orang awam di kawasan Jalan Haji Salleh, Sentul petang semalam bukan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang pada November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita yang dikatakan mirip Zalina itu ditemui pada pukul 6 petang semalam di lokasi berkenaan.

“Memandangkan wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, polis Shah Alam membawa wanita berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (UTC Shah Alam) untuk semakan.

“Hasil semakan identiti melalui cap jari, mendapati wanita itu bukanlah orang hilang yang dicari.

“Siasatan juga mendapati, pengecaman oleh ahli keluarga juga negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Mohd Iqbal berkata, polis mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk mencari Zalina.

“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia di talian 016-3375269,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang giat mencari Zalina, 58, yang dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, gagal menghubungi beliau sejak 24 November tahun lalu bagi memaklumkan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here