Wanita hina Islam: Afdlin Shauki bantah DBKL gantung kelab komedi

0
92
Tangkap layar seorang wanita membuat persembahan komedi dengan menghina Islam di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur.

CYBERJAYA – Pelakon dan penerbit filem terkenal, Afdlin Shauki membantah langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung secara sementera Crackhouse Comedy Club berikutan tindakan seorang wanita yang menghina Islam ketika membuat persembahan komedi.

Beliau berkata, tindakan itu adalah tidak adil terhadap kelab komedi itu yang menjadi tumpuan pelawak mengasah bakat.

“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak stand up baru mempelajari seni stand up ini. Open mike (pembesar suara) di buka kepada amatur yang ingin mencuba content mereka di khalayak ramai.

“Untuk check content kita baik ke tak bagi stand up komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai baru kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai.

“Sama macam atlet yang kena berlatih sampai bagus. Takkan kita tutup swimming pool (kolam renang) pasal seorang peserta renang ambik steroid? Itu salah perenang bukan salah swimming pool,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Semalam tular sebuah video memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran.

Video yang tular di aplikasi TikTok itu didakwa berlaku di sebuah kelab di ibu negara yang menampilkan persembahan komedi

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit muncul atas pentas dengan imej wanita muslim iaitu memakai baju kurung lengkap bertudung.

Dia kemudian memperkenalkan dirinya serta mengakui sebagai seorang muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum berhenti berucap seketika bagi menanggalkan satu persatu baju kurung dan tudung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here