Wanita hina Islam mengaku tidak bersalah perlu diikat jamin RM20,000 

0
101
Siti Amira Abdullah tiba di Mahkamah Kuala Lumpur diiringi dua orang pengiring dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

KUALA LUMPUR – Wanita yang disyaki menghina Islam semasa program yang dianjurkan kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mengaku tidak bersalah dan diminta untuk membayar ikat jamin sebanyak RM20,000 di sini, hari ini.

Tertuduh, Siti Amira Abdullah membuat pengakuan demikian di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Siti Amira dituduh di Seksyen 298A Kanun Keseksaan selepas dikatakan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi itu.

Dia yang memakai baju kuning berjaket hitam kelihatan tenang dan tersenyum semasa dibawa masuk ke dalam perkarangan mahkamah bersama dua orang pengiring dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Terdahulu, tular satu video di media sosial apabila suspek yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaiannya yang menutup aurat dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here