Wanita sedang berpantang bersama bayi lelaki maut dikelar suami

0
515
Mangsa, Hajar Nursyahirin, 26, dan anaknya, Hans Mohd Thakif Amir maut dikelar suaminya dalam satu kejadian ngeri di Bakar Batu.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang sepatutnya tamat berpantang hari ini maut selepas dikelar oleh suaminya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu, di sini, tengah hari hari ini.

Dalam kejadian tengah hari itu, mangsa, Hajar Nursyahirin, 26, ditemukan maut bersama anaknya, Hans Mohd Thakif Amir yang juga meninggal dunia dipercayai dikelar suaminya, Amir Adam, 25.

Amir pula dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.

Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai Amir iaitu suspek dalam kejadian kelar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial.

Suspek juga dipercayai telah berjaya diberkas polis selepas melarikan diri.

Sementara itu, jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu di sini, esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here