Wanita warga emas maut dipercayai ditikam anak sendiri

0
41
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang pesara guru maut selepas dipercayai ditikam di bahagian leher oleh anak lelakinya di kediaman mereka di Paya Luboh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa ditemukan di dalam bilik tidur rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah, memetik laporan Harian Metro.

Difahamkan, wanita warga emas itu ditemui oleh anak perempuannya sebelum dia menjerit meminta tolong.

Suspek berusia 40-an dipercayai bertindak demikian menggunakan sebilah pisau dan dia kemudian berjaya ditahan oleh orang kampung.

Ketika ini pasukan forensik polis masih di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here