Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk 

0
37
Kekecohan yang berlaku dipercayai akibat kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas.

PORT DICKSON – Seorang warga emas maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Port Dickson, Supritenden Aidi Sham Mohamed, kejadian tersebut berlaku pada jam 10.50 malam di KM 5, Jalan Seremban, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila suspek gagal mengawal kenderaan lalu melanggar belakang mangsa berumur 68 tahun yang sedang menunggang motosikal.

“Suspek kini ditahan dan sampel darah telah diambil untuk ujian toksikologi kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Aidi Sham berkata, satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Trafik IPD Port Dickson dibawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pihak polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video atau memuatnaik sebarang spekulasi di laman sosial tentang kejadian tersebut kerana kes masih dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 45 saat yang telah dimuat naik oleh pemilik akaun twitter Nan Manjoi8715 memaparkan kekecohan yang berlaku dipercayai akibat kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang individu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here