Yasin terlepas tuduhan edar dadah, hukuman gantung

0
69

CYBERJAYA – Bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Majisteret Petaling Jaya melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.

Yasin, 46, bagaimanapun, dituduh
mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.

Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman,50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.

Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here